Saturday, April 21, 2012

Tidak Sempurna,tp...Cuba Menjadi Terbaik ~~

Masih menunggu walau hati menafikan perasaan...... Benci kerana ditinggalkan tanpa khabar.... Namun dapat dipelajari dari satu pengajaran.... Kematangan perlu dalam sesuatu keputusan lantas peribadi diri perlu diperkemaskan.....Terlalu banyak kelemahan terzahir sehingga dengan mudah ditinggalkan.....


·         Kita mencari semua perkara,
kecuali Ilahi,
menyebabkan semuanya tidak bermakna,
dan kekosongan tetap bersarang di dalam hati.
 ~ Hilal Asyraf


Tersedar bahawa kekhilafan perlu dibuktikan dengan usaha agar menjadi lebih baik..... Cabaran dijinjing tinggi, kesakitan ditepis jauh pergi, luka akan terus diubati walau parut masih ada terkesan dihati, pengorbanan diberi,dan berterusan Doa diringi.. moga satu hari apabila dipertemukan nanti ada wajah bahagia diantara dua..... Sudah tentu yang mengAdili lebih mengerti........


·         Ada hari-hari saya sedih, lemah, jiwa saya akan bersuara:

"Siapalah yang benar-benar memahami aku?" Sebagai tanda terkilan dengan apa yang berlaku.

Namun hati saya yang terdalam sentiasa menjawab: "Allah memahami."

Dan itu sentiasa buat air mata saya membasahi pipi.
-------------
Allah itu pemahamanNya menewaskan orang-orang yang kita cinta.



Biar hati benar terpelihara selepas ini.
tidak mudah memberi kepada yang tidak menghargai...
Biarpun yang ikhlas cuba menyelami.... MAAF... hati sudah jadi terlalu berharga kini..
~HILAL ASYRAF





BIsikan Nurani buat kekuatan jiwa............Khas buat yang ingin berkongsi ~~


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu







Moga Terbukiti nanti aku tidak silap mengadili dengan petunjuk ILAHI,
 hikmah itu memberi seribu erti.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#@
Aku tenang tanpa `inspirasi hati`

No comments:

Post a Comment