YaALLAH, tika aku tersungkur KAU titipkan aku dengan hidayahMU maka kini aku kembali dengan kehidupan ku...
KAU redhailah dan KAU lindungilah aku dari melakukan kekhilafan yang berlanjutan.
Allahu ya'rif qullu hallul insan.....
lame sudah jari tidak meluahkan kata hati......
masih.....
ruangan ini masih menjadi lakaran hati seorang insan yang perlukan jalan keredhaanMU.....
KAU menduga lagi, lagi dan lagi.
dan aku terus memerah khudrat untuk memilih perjalanan hidup yang KAU aturkan.
Yang terbaik......itu sudah pasti
Satu cerita....buat aku terleka....
Siapa sangka ALLAH aturkan pertemuan itu tanpa kita duga,
Aku tidak munduga kamu juga tidak menggoda kamu sekali pun inginkan perhatian dari kamu.......
.tapi kerana kebaikan peribadi kamu itu membuatkan aku untuk membalas dengan sebaiknya...
Kamu mamapu menjadi sahabat yang baik buat asdiqoie.....
Kamu juga mampu menjadi anak yang baik buat walidaini......
Kamu mampu menjadi adik yang baik buat akhi dan ukhti.....tapi............
Bukanlah satu masalah untuk aku sendiri membuat pilihan, menetapkan siapa dan bila....
tapi fahamilah, aku begini kerana Pemilik sebenar itu sendiri tidak mengizinkan aku untuk memberi...
Kamu juga harus mengerti kerana kehidupan ini satu alam realiti, Aku ingin bebas mencari realiti kehidupan.......menimba setitis ilmu yang ALLAH berikan....
Payah....sukar untuk aku membawa sekali permasalahan hati...... aku perlu terus melangkah dan terus melangkah untuk menggapai impian insan2 yang aku sayangi......
Aku ingin berjalan sendiri tika ini....tolong...aku pinta...biarkan dahulu aku sendiri.....
Aku ingin menjadi yang paling tabah (ini pinta dr kamu juga) buat mereka yang membuatkan aku membina impian yang cukup tinggi......
Cukup buatku tika ini, iringan doa dan kasih sayang mereka untuk aku merentasi segala cabaran nanti...
Aku juga pinta itu dari kamu.....
Bukan aku tidak mahu itu......
Aku mahu disayangi,,,,aku mahu dihargai.....aku mahu melengkapi...
tapi bukan detik waktu ini.....kerana masih banyak yang perlu aku jejaki.....pinta ku untuk kau terus memahami bukan terus menuding jari menyalahkan itu dan ini kerana ketidaksediaan diri......
Bukan aku takut untuk mereka tahu ....cuma aku tidak bersedia menerima kemungkinan nanti
biar aku ikhlas menerima....bukan kerana simpati.....bukan juga kerana terhutang budi...
Kamu tahu Keluarga sentiasa menjadi yang paling utama dalam setiap helaian dairy....
Biar Pemilik itu sendiri membuka ruang dalam hati....kerana aku pasti DIA merencanakan yang sangat terperinci...biar aku mohon sekali lagi...
Kamu yang aku hormati..........aku menghargai segala yang kamu beri....
harapan ....moga kamu teruskan niat murni untuk terus menuju jalan iLahi....kerana aku tidak memiliki hanya punya dorongan yang abadi........
* Ibu..abang..akak..maaf...adik rahsiakan suara hati ini..kerana masih ada perkara yang lebih utama untuk kalian hadapi.... Kak (Rogayah Ghozi) tetiba rindu dengan celoteh akk....
ingat lagi satu kisah dulu adik citer ngn akk?? shuuuutt........ hehe masih tersemat kuat dalam kotak reminder ni...Adik mampu hadapi ini kerana nasihat akak... Moga ALLAH berikan keberkatan hidup pada akk juga pada seluruh umat manusia....ammiin...
Intabih ! Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar... :-)
No comments:
Post a Comment