Sunday, November 18, 2012

Pinta Hati ~

To begin with...................


YaALLAH, tika aku tersungkur KAU titipkan aku dengan hidayahMU maka kini aku kembali dengan kehidupan ku...
KAU redhailah dan KAU lindungilah aku dari melakukan kekhilafan yang berlanjutan.

Allahu ya'rif qullu hallul insan.....
lame sudah jari tidak meluahkan kata hati......
masih.....
ruangan ini masih menjadi lakaran hati seorang insan yang perlukan jalan keredhaanMU.....
KAU menduga lagi, lagi dan lagi.
dan aku terus memerah khudrat untuk memilih perjalanan hidup yang KAU aturkan.
Yang terbaik......itu sudah pasti

Satu cerita....buat aku terleka.... 

Siapa sangka ALLAH aturkan pertemuan itu tanpa kita duga,
Aku tidak munduga kamu juga tidak menggoda kamu sekali pun inginkan perhatian dari kamu.......
.tapi kerana kebaikan peribadi kamu itu membuatkan aku untuk membalas dengan sebaiknya...
Kamu mamapu menjadi sahabat yang baik buat asdiqoie.....
Kamu juga mampu menjadi anak yang baik buat walidaini......
Kamu mampu menjadi adik yang baik buat akhi dan ukhti.....tapi............





Bukanlah satu masalah untuk aku sendiri membuat pilihan, menetapkan siapa dan bila....
tapi fahamilah, aku begini kerana Pemilik sebenar itu sendiri tidak mengizinkan aku untuk memberi...
Kamu juga harus mengerti kerana kehidupan ini satu alam realiti, Aku ingin bebas mencari realiti kehidupan.......menimba setitis ilmu yang ALLAH berikan....
Payah....sukar untuk aku membawa sekali permasalahan hati...... aku perlu terus melangkah dan terus melangkah untuk menggapai impian insan2 yang aku sayangi......

Aku ingin berjalan sendiri tika ini....tolong...aku pinta...biarkan dahulu aku sendiri.....
Aku ingin menjadi yang paling tabah (ini pinta dr kamu juga) buat mereka yang membuatkan aku membina impian yang cukup tinggi......
Cukup buatku tika ini, iringan doa dan kasih sayang mereka untuk aku merentasi segala cabaran nanti...
Aku juga pinta itu dari kamu.....

Bukan aku tidak mahu itu......
Aku mahu disayangi,,,,aku mahu dihargai.....aku mahu melengkapi...
tapi bukan detik waktu ini.....kerana masih banyak yang perlu aku jejaki.....pinta ku untuk kau terus memahami bukan terus menuding jari menyalahkan itu dan ini kerana ketidaksediaan diri......

Bukan aku takut untuk mereka tahu ....cuma aku tidak bersedia menerima kemungkinan nanti
biar aku ikhlas menerima....bukan kerana simpati.....bukan juga kerana terhutang budi...
Kamu tahu Keluarga sentiasa menjadi yang paling utama dalam setiap helaian dairy....
Biar Pemilik itu sendiri membuka ruang dalam hati....kerana aku pasti DIA merencanakan yang sangat terperinci...biar aku mohon sekali lagi...
Kamu yang aku hormati..........aku menghargai segala yang kamu beri....
harapan ....moga kamu teruskan niat murni untuk terus menuju jalan iLahi....kerana aku tidak memiliki hanya punya dorongan yang abadi........


* Ibu..abang..akak..maaf...adik rahsiakan suara hati ini..kerana masih ada perkara yang lebih utama untuk kalian hadapi.... Kak (Rogayah Ghozi) tetiba rindu dengan celoteh akk....
ingat lagi satu kisah dulu adik citer ngn akk?? shuuuutt........ hehe masih tersemat kuat dalam kotak reminder ni...Adik mampu hadapi ini kerana nasihat akak... Moga ALLAH berikan keberkatan hidup pada akk juga pada seluruh umat manusia....ammiin...


Intabih ! Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar... :-) 







  










Saturday, April 21, 2012

Tidak Sempurna,tp...Cuba Menjadi Terbaik ~~

Masih menunggu walau hati menafikan perasaan...... Benci kerana ditinggalkan tanpa khabar.... Namun dapat dipelajari dari satu pengajaran.... Kematangan perlu dalam sesuatu keputusan lantas peribadi diri perlu diperkemaskan.....Terlalu banyak kelemahan terzahir sehingga dengan mudah ditinggalkan.....


·         Kita mencari semua perkara,
kecuali Ilahi,
menyebabkan semuanya tidak bermakna,
dan kekosongan tetap bersarang di dalam hati.
 ~ Hilal Asyraf


Tersedar bahawa kekhilafan perlu dibuktikan dengan usaha agar menjadi lebih baik..... Cabaran dijinjing tinggi, kesakitan ditepis jauh pergi, luka akan terus diubati walau parut masih ada terkesan dihati, pengorbanan diberi,dan berterusan Doa diringi.. moga satu hari apabila dipertemukan nanti ada wajah bahagia diantara dua..... Sudah tentu yang mengAdili lebih mengerti........


·         Ada hari-hari saya sedih, lemah, jiwa saya akan bersuara:

"Siapalah yang benar-benar memahami aku?" Sebagai tanda terkilan dengan apa yang berlaku.

Namun hati saya yang terdalam sentiasa menjawab: "Allah memahami."

Dan itu sentiasa buat air mata saya membasahi pipi.
-------------
Allah itu pemahamanNya menewaskan orang-orang yang kita cinta.



Biar hati benar terpelihara selepas ini.
tidak mudah memberi kepada yang tidak menghargai...
Biarpun yang ikhlas cuba menyelami.... MAAF... hati sudah jadi terlalu berharga kini..
~HILAL ASYRAF





BIsikan Nurani buat kekuatan jiwa............Khas buat yang ingin berkongsi ~~


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu







Moga Terbukiti nanti aku tidak silap mengadili dengan petunjuk ILAHI,
 hikmah itu memberi seribu erti.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#@
Aku tenang tanpa `inspirasi hati`

Saturday, March 24, 2012

Ape itu ????

Wahai hati kau tetap harus mengerti.............

Cukup hanya satu pesanan datang, sudah mampu membuat sekeping hati berasa gelisah.
Mengapa gemar datang dan pergi sesuka hati ???
Penantian itu satu penyeksaan,dan mengapa perlu disiksa hati yang tidak bersalah.....???
Mengapa perlu gelisah saat hati pernah berkata benci ???
mengapa harus terus di nanti????

Kau muncul memanggil kembali nostalgia yang menyentuh hati.....
Hati masih degil untuk membuang pergi....
Kau bersalah!!!
Kerana kau pengaruh sekeping hati,,,,kau mendidik agar sekeping hati tidah betah berpaling .......

Sudah ku ungkap segala kata benci dibibir sendiri, namun hati masih memungkiri..........
Kau bersalah!!!!! 
Aku jatuh di ruang milikku sendiri....
Sakit .... perit.... Kau tak kan mengerti itu........
Harus ku katakan kau manusia tidak punyai hati ?????
Ya.................kerana kau memungkiri segala janji.......
dan harus kau bayar semua itu..................
kerana janji itu meniggalkan titik-titik luka dalam hati.........

YaALLAH........mengapa hati ini tidak betah memadamkan ianya terus dari hati........
sungguh.........aku terlalu sakit menahan siksa ini....
Aku mohon Keampunan dariMU...kerana kekhilafan ku dahulu......
aku kalah........aku tidak mengerti CInta yang hakiki....sehingga aku masih mencari cinta yang penuh dengan janji palsu....YaALLAH...........Aku inginKAU mengerti....bahawa aku lelah sendiri degan cobaan ini...... Biarlah dugaan lain yang kau beri.....tapi jauhkan lah hati ini dari terus diuji..... SubhanALLAH kau maha mengetahui......akan lelah yang melanda hati ini.........

"lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazdzalimin...."
amin ~ ~ ~





Friday, March 23, 2012

Aku tertarik dengan cerita ini...........

Maaf saudari........aku pinjam cerita kamu.....menarik untuk menjadi santapan ruang ku...kerana jujur...aku katandusan ilham tika ini.....
mungkin luahan dari hati mu sendiri.....mungkin......aku mohon untuk berkongsi ye...........=)


"Sudah...................
mendidih segala isi hati......membuak-buak meminta untuk dimuntahkan....
Biarlah segalanya terungkap.....
iye hati terpaut dengannya.....iye hati suka akan dirinya.....iye...dia berjaya menarik perhatian semuanya...
iye.....dia berjaya menceroboh masuk ke tempat larangan ini....iye.....hati berdebar tiap kali membaca kata-katanya.........
iya....memang....benar.......
tidak pernah bertemu jasad........... jauh sekali lagi bertentang mata..........hanya tertaut hati..
keperibadianmu.....ketulusan nukilanmu....keikhlasan kata-katamu....cukup untuk merantai sebuah hati....
Biar tidak semua nukilanmu menjadi hadiah hati...cukup ayat-ayat di muka buku menarik perhatian kesekian kali.....
Aku kalah...kalah dalam perjuangan sendiri......untuk menghalang hati dari memberi.....
Engkau tidak tahu...dia sndiri tidak pernah tahu.......mereka juga..........kamu juga tidak akan mengerti....
hanya ILAHI yang maha mengetahui......
siapakah gerangannya.......???
bibir sentiase menyebut tiap kali tangan menadah ke langit.....memohon agar satu hari nanti mimpi ini menjadi realiti......
biar rahsia "siapa" itu tetap menjadi satu rahsia abadi......
jika dia yang ditetapkan oleh Sang ILAHI..................aku bersujud penuh syukur kerana memperkenankan hajat di hati...............
"mama........aku ingin mengakui...hati ini ingin dimiliki....aku suka dia......." jujur itu perlu...kan mama ?


Namun kegusaran kini bertandang di hati...jurang itu tak mampu aku padamkan...kerana itu hidupnya....aku mengerti dan aku sedari.........langit dan bumi....terlalu jauh untuk digapai walau satu masa jua apabila berdiri...........




Hakikat ~ ~ ~ ~ ~


Sakit.........
Pedih.........
Pahit........
perlahan ditelan.........
Harus jua diakui disini.....
hatinya telah dicuri.......
Dirinya bakal dimiliki.......
Hati mula berserah.........jauh dihalau pergi......jangan terus bersarang disini..........
Moga kau bahagia nanti...................."


sedihkan bila mimpi indah itu tidak dapat dijadikan realiti......benarlah kelmarin aku katakan ITU MIMPI BUKAN REALITI.......................
Semoga dia juga menyedari dan mengambil langkah yang membawa kebaikan...amin......
Buang Sang puteri pemilik nukilan ini.............semoga nanti Kau miliki somebody ciri2 idaman hati .......walau DIA tidak dapat kau miliki...............huhuhuhuhuhuhu




Thursday, March 22, 2012

Itu mimpi bukan Realiti

Bukan satu impian cuma satu pengharapan........
usahlah mengerti...cukup nukilan diruang ini melegakan hati.....
Dia(hati) cukup jujur untuk merahsiakan ape yang terdetik sendiri....

.....janji ALLAH menjadi pegangan......
bercintalah dalam hati........akan ku perjuangkan pendirian ini........

tak perlu kau tahu...tak perlu juga mereka tahu...cukup hanya si Pemegang rahsia itu tahu...
kerana DIA maha berkuasa merialitikan ape yang sedang diimpi......

Walau bukan idola dapat dimiliki cukuplah ciri-ciri yang diperolehi......
sudah cukup menyejukkan hati.........

Menyedari realiti tak seindah mimpi.....
yang pasti mimpi itu telah dimiliki.......
menerima hakikat diri.......
semoga impiannya menjadi realiti....
dan semoga mimpi diganti dengan sesuatu yang pasti.......




aku yang sedari diri ini terlalu jauh mengelamun sendiri ~ ~


Saturday, March 17, 2012

Ku Sematkan Kata-kata itu

Ketenangan itu ku temui....alhamdulillah....DIA maha mengetahui segalanya........
kehadiran insan yang bermakna dalam hidup ku tika emosi ini terganggu benar-benar membuat aku menjadi seorang yang sangat ingin menghargai.....

insan yang kusayangi.
biar diberi waktu walau hanya seminit untuk aku menatap wajah teduh itu..agar ketenangan dirinya dapat aku warisi......
Bonda tersayang.... punyai ciri-ciri wanita tabah! aku ingin mewarisi itu........cukup!!
aku ingin mendengar setiap kalimah keramat yang mampu membangkitkan semangat diri......
Hari itu.............................
ku pimpin erat tangan ibunda.........ku ukir senyuman paling ikhlas dibibir lesu....agar ibu tahu si nakal ini  sangat menghargai kehadirannya......si bongsu ini gembira dengan kehadirannya.....
kaki penat melangkah namun bibir masih dengan kata-kata.........
ibu.........luahkanlah segalanya..aku masih mampu mendengar luahan itu................

Tika ibu mula bertanya....
"adik mcm mne ?ok kat sne ?"
satu hela nafas aku lepaskan........
benarkan.......ibu mampu membaca hati anaknya.....ku hadiahkan senyuman paling manis buat kasih sayangnya itu.....seperti selalunya....setiap ape yang berlaku pada diri, ku jadikan cerita buat ibu mengerti bahawa hati ini masih perlu diubati....biar beribu kali ibu menasihati.....agar hati ini terhindar dari mengimbas kengan dulu.....aku mengerti namun hati masih perlukan detik jam untuk berhenti dari terus mengingati..........moga satu hari nanti kengan itu hilang bersama masa yang berlalu pergi....

Ibu..............aku masih diuji....ada yang datang menggugat janji,janji untuk mengotakan impian mu......
aku lemas sendiri...huluran persahabatan disambut dengan sebuah harapan........aku mula lemas....jujur aku kecewa.....jujur juga aku lebih selesa sendiri......tanpa ada ajnabi mendampingi.......
Semoga pendirian ini dihormati untuk aku tenang menggapai cita-cita sendiri.........
Syukur..... aku masih lagi memegang pada janji itu......hati ini juga masih tidak tegar menerima......
YaALLAH moga perasaan ini kekal sehingga satu ketika nanti..........

"Kuatkan pendirian....cekalkan hati...banyak beramal dengan Surat cinta dari ILAHI......munajat sentiase dimalam hari..agar ALLAH dekat tika kita mengadu atas ujian yang diberi.....Percaya.....ujian itu akan silih berganti......hanya diri kita yang boleh atasi....."~IBU~

"Mereka akan bina Kota janji......tp ingat! kota itu tidak teguh selagi yang Halal belum terisi sempurna didalamnya.........biar tiada penghibur hati sekarang....yang menanti akan membawa kebahgiaan yang diimpi.........biar hati bersih agar nanti pemiliknya selesa medampingi.......semoga nanti kekal sehidup semati..."~k.SARA~

Dia juga menasihati

Aku ingin pegang kata-kata ini.............tersemat padu dalam sanubari...
YaALLAH...peliharalah diri...agar tidak lalai dengan duniawi.....moga terjaga akhlak dan peribadi....walau tak mampu menjadi insan yang terlalu sempurna namun moga aku menjadi Anak yang menjadi Penyejuk hati buat yang melahirkan diri ini................................

Aku ingin gapai cita-cita dan impian Keluarga.....
(>_<)


.

Tuesday, March 6, 2012

Biar kamu tahu



Bila aku mula berbicara pasti susah untuk kau terima....
Bukan niat untuk memilih siapa yang patut dihati...jauh sekali membandingkan mereka yang ingin disisi....
Aku ini manusia biasa.......punya hati yang mudah menerima.....
Namun......
Bila hati diberi tidak betah tuk dihargai ....sudah pasti jadi sesuatu yang ngeri untuk mengulangi.....
ketahuilah......aku hanya mampu menjadi sebaik "teman" tp bukan untuk menjadi suri di hati...
biar lah kelengkapan diri ku penuhi...agar nanti tiada hati yang bakal aku sakiti....

ikhlas lah menerima diri ini....hanya sebagai seorang sahabat sejati...
jangan diungkap segala janji kalau belum pasti kau kotakan nanti.....

benarlah kata mereka........
Bila hati orang ingin dijaga,hati sendiri akan terasa disakiti....
sebelum perkara yang tidak diingini datang menghampiri...biarlah aku mengundur diri.......

lantaran janji pada keluarga akan mendahului......
kerana yang pasti mereka sentiasa dihati.....
pengorbanan yang tak bisa dijual beli......
memberi satu keyakinan bahawa cita-cita yang tinggi....
Dikemudian hari Cinta itu bakal mengiringi.......

Aku harap kau mengerti bahawa perjuangan diri ini terlalu bererti....
Biar Sang Perahsia terus memegang janjiNYA bahawa suatu hari nanti si dia akan datang menyemai janji....



Indahnya jika persahabatan yang menjadi penghias lakaran dewasa kita bersama, lewat perkenalan ini....
Moga kau akan lebih mengerti nanti tentang hati yang bakal kau miliki.......
kerana hidup ini terlalu bernilai untuk tidak dihargai.....

Setiap ciptaan Yang Maha Pengasih itu haruslah punya nilai yang tersendiri....
seharusnya di mata Insan yang sanggup berjuang memiliki jati diri....

Aku masih ingin sendiri.......
di temani sahabat-sahabat yang memahami.....
moga kau menjadi salah seorang Perwira yang ingin dimiliki oleh srikandi......


Terciptalah nanti memori yang abadi...tersemat di setiap sanubari....

indahnyaaa Detik perkenalan ini.....

Adakah benar Aku yang engkau cari................

wassalam~~